Sunday, September 05, 2010
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Fauzul Na’im Ishak

Fauzul NaimFAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000.

Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya.

Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. (Pengerusi Kumpulan PTS) bagi menyertai syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D pada ketika itu berada dalam tahun pertama operasinya. Keadaan syarikat yang masih baru dengan pelbagai kesukaran yang berlaku menjadi tapak terbaik Fauzul mempelajari pelbagai perkara dan selok belok penerbitan buku.

Beliau bermula dengan jawatan sebagai Editor Perolehan yang bertanggungjawab membina judul buku dan membangunkan kumpulan penulis buat PTS P&D. Kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan di mana beliau berjaya membina rangkaian penulis bermula di sebelah utara hingga ke selatan semenanjung Malaysia. Pelbagai program pembangunan penulis dibuat antaranya bengkel penulisan, pertemuan kumpulan penulis dan one to one dengan penulis.

Modul pembangunan penulis  dibina hasil garapan idea bersama Puan Ainon Mohd dan beliau. Modul latihan tersebut dibangun dan dikembangkan serta digunakan hingga sekarang. Daripada usaha itu, pelbagai tajuk diperoleh dan PTS P&D mula mengorak langkah sebagai penerbit yang dikenali di IPTA-IPTA.
Aksi en. Fauzul menyampaikan ceramah di salah satu bengkel penulisan kendalian beliau

Aksi en. Fauzul menyampaikan ceramah di salah satu bengkel penulisan kendalian beliau

Di samping itu pada masa itu beliau juga memangku tugas sebagai eksekutif jualan dan pemasaran wilayah utara disebabkan kekurangan kakitangan di PTS P&D. Hasil daripada itu Fauzul mendalami segala selok belok jualan dan pemasaran buku. Beliau mempunyai pengalaman pahit manis sepanjang mengendalikan jualan di sana kerana pada ketika PTS P&D masih baru dan kurang dikenali.

Hasil usaha padu daripada semua ahli keluarga PTS P&D, syarikat berkembang pesat dan pada tahun 2002, Fauzul dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Penerbitan PTS P&D. Bermula daripada saat itu beliau mula membina sistem editorial PTS P&D. Pembinaan dan pengaplikasian Standard of Operating Procedur (SOP) menjadi asas kepada sistem editorial tersebut. Ia bertujuan memastikan kelancaran pengurusan penerbitan buku daripada terima manuskrip hinggalah buku siap masuk ke dalam stor. Sistem tersebut dibina dan dikembangkan daripada tahun ke tahun hinggalah menjadi sistem standard Kumpulan Syarikat PTS sekarang ini.

Pada tahun 2005, PTS Consultant Sdn Bhd syarikat induk PTS P&D membuat keputusan merombak struktur syarikat. Ini berdasarkan hasil lawatan Fauzul dan En. Arief ke Indonesian Book Fair, Jakarta sebelum itu. Fungsi penerbitan PTS P&D dikeluarkan dan hanya mengekalkan fungsi pengedaran buku sahaja. Fungsi tersebut diserahkan kepada 3 anak syarikat yang baru ditubuhkan iaitu PTS Millennia Sdn Bhd, PTS Professional Publishing Sdn Bhd dan PTS One Sdn Bhd. En Fauzul diberikan tanggungjawab sebagai pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd.

Pada 15 November 2008, En. Fauzul Na’im dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar (Penerbitan) Kumpulan PTS. Tanggungjawab beliau adalah memimpin keseluruhan anak syarikat dan unit editorial di Kumpulan PTS. Anak syarikat Kumpulan PTS adalah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., PTS Millennia Sdn. Bhd., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., PTS One Sdn. Bhd., PTS Litera Utama Sdn. Bhd., PTS Islamika Sdn. Bhd., dan PTS Fortuna. Boleh lawati www.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Hasil daripada pengalaman melebihi 8 tahun ini, beliau berjaya melahir dan membina pelbagai judul buku daripada pelbagai latar belakang penulis. Daripada penulis berlatar belakang akademik hinggalah kepada motivasi. Daripada kurang terkenal kepada yang terkenal. Antara penulis besar yang berkarya di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr. Robiah K. Hamzah. Judul-judul bestseller di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah 55 Petua Orang Berjaya, Tip Menjadi Individu Menarik, 7 Formula Individu Cemerlang dan banyak lagi.

Beliau sering ke luar negara bagi mewakili PTS dalam urusan jual beli hak cipta buku terjemahan. Antara negara utama di mana buku-buku PTS dieksport hak ciptanya adalah Indonesia. Sudah banyak judul PTS yang diterjemahkan dan diterbitkan semula ke sana dalam edisi Indonesia.

Beliau juga sering dijemput memberikan bengkel di institusi pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan yang pernah menjemput beliau mengendalikan bengkel penulisan, pemasaran dan penerbitan buku adalah :

    * Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia
    * Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    * Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
    * Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
    * Universiti Sains Malaysia Kejuruteraan Transkrian
    * Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
    * Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
    * Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
    * Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
    * Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian, Kelantan
    * Maktab Perguruan Bukit Mertajam
    * Kolej IKRAM
    * Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
    * Angkatan Belia Islam Malaysia
    * Persatuan Penulis Kelantan
    * dan banyak lagi….

En. Fauzul memegang beberapa jawatan penting dalam dunia penerbitan buku antaranya :

    * JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007
    * JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Selangor 2007
    * Setiausaha JK Publisiti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
    * Pengerusi JK Publisiti Pesta Buku Selangor 2008
    * Pengerusi JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Beliau juga aktif dalam beberapa persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara pertubuhan yang beliau menjadi ahli adalah Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah AJK Induk TAMRIN dan Ketua Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat TAMRIN 2009-2011.

Beliau juga adalah pengasas dan mentor utama akademi virtual Akademi Penulis (www.akademipenulis.com). Akademi Penulis diwujudkan sebagai satu platform latihan pembangunan penulis khusus bagi melatih bakal penulis dan penulis mengenai pengetahuan kepengarangan. Maklumat lanjut mengenai Akademi Penulis boleh didapati di www.akademipenulis.com. Akademi Penulis juga sudah melancarkan laman web Seminar Jana Wang Dengan Menulis untuk program berkala di bawah Akademi Penulis. Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com.

Segala pengalaman ini diterjemahkan ke dalam laman web ini sebagai perkongsian sihat bagi meramaikan dan mengharmonikan lagi dunia penulisan karya di Malaysia.

Bagi memuat turun profil beliau. Boleh muat turun di pautan bawah

Profil

  • Azzah Abd Rahman AZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor...
  • Fadzli Yusof Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:
  • Shamsuddin Kadir Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya.
  • Amin Idris AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Menjadi perunding latihan dan motivasi sepenuh masa di RK Training & Management, penulis buku, pengacara televisyen serta penolong...
  • Osman Affan Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia....
  • Zamri Mohamad ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media....
  • Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim...
  • Fauzul Na’im Ishak FAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun...

Rencana

  • Letakkan Dunia Di Tangan Bukan Di Hati Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Shamsuddin Kadir juga dalam usaha bagi memperbaharui matlamat yang sedikit...
  • Hikayat Kampung Raya Di suatu sudut dunia, terdapat dua buah kampung yang letaknya berhampiran di antara satu sama lain. Penduduk di Kampung Raya dan Kampung Seberang terkenal dengan sifat mereka yang hampir sama dan saling...
  • Menghadapi Konflik dalam Pasukan Konflik tidak selesai dengan kemarahan. Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat...
  • Tip Kerja Berpasukan: Merenjis Air Mawar Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih...
  • Bagaimana Memikat Hati Pelanggan Dalam bisnes kita perlu pandai menjual. Antara skil menjual ialah pandai memikat hati pelanggan. Sesetengah orang keliru bahawa orang pasti akan membeli sesuatu produk apabila produk itu cantik dan bagus....
  • MITOS: Kuasa Ialah Kebebasan Satu lagi salah faham mengenai kuasa pengaruh adalah ada tanggapan yang menyatakan memiliki kuasa pengaruh adalah tiket kepada kebebasan. Bagi mereka yang beranggapan begini, kuasa pengaruh adalah penyelesaian...
  • Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya? Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut : 1. Taraf ilmu...
  • Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kata Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh...
  • 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh "Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina...
Logo TAMRIN

Jadual Perunding

Pengumuman

  • Borang Keahlian Klik di sini untuk muat-turun Borang Keahlian. Kepada trainer muslim yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN bolehlah mengisi Borang Keahlian dan hantarkannya ke: Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator...
  • Mengumpul Profil Perunding Latihan dan Motivator Kami AJK TAMRIN dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada para-para perunding latihan dan  motivator yang ingin profil mereka dimuatkan di laman sesawang ini untuk menghantar email kepada setiausaha...
  • Menambah Keahlian Pertubuhan Kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN dapatlah kiranya menghantar borang keahlian sama ada melalui email, pos biasa atau pun faksimili ke setiausaha TAMRIN. Buat masa ini tiada bayaran atau...

Bancian

Berapa kali setahun tuan menghadiri kursus atau seminar?


Login Form