Sunday, September 05, 2010
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain

Duit orang lain.Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya? Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut :

1. Taraf ilmu pembangunan diri kita. Di mana selepas tamat belajar di sekolah ataupun universiti, kita  membaca buku-buku berfaedah seperti buku ’self help’ yang membantu meningkatkan kualiti hidup kita. Sebaliknya dengan tidak menjadikan membaca buku-buku berfaedah itu sebagai amalan harian/ minguan, kita tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah.

2.  Jenis mentor-mentor yang kita ada. Jika kita tidak ada sifu ataupun guru yang bagus dalam beberapa bidang yang berlainan, kita mudah terikut bagi melakukan perkara yang salah.

3. Jenis individu yang kita jadikan kawan. Kawan-kawan yang tidak suka membuang masa dengan bercerita tentang sesuatu yang tidak meningkatkan kualiti hidup menjauhi kita dari dipengaruhi peluang yang tidak betul.

4. Prinsip hidup yang tidak jelas, iaitu kehidupan sehingga mati, ataupun kehidupan sehingga Syurga sudah membezakan antara kita dan orang lain. Pemilihan kehidupan hanya di dunia, hanya membuatkan kita mementingkan duit, duit, duit, kaya, kaya, kaya, kereta mewah, kereta mewah, rumah besar, rumah besar. Jadi individu yang datang dengan menjanjikan duit, kaya, kereta mewa, rumah besar secara 99% sudah dapat mempengaruhi kita. Peluang untuk kita ditipu, terus ditipu, dan hidup dalam penipuan adalah 99% boleh berlaku.

Seperti mana kes perlaburan dalam Emas. Tetamu SK itu juga memberitahu, individu yang menariknya supaya masuk adalah seorang Doktor yang telah menceritakan kepadanya bagaimana beliau mengumpul kekayaan melalui perlaburan ini. Kereta mewah, rumah besar dan … Tetamu SK memberita tahu bahawa perlaburan itu menarik.

Betul, apabila diceritakan tentang kereta mewah, rumah besar, hati mana yang tidak melonjak, tetapi, apa kena mengenanya seorang Doktor perubatan bercerita tentang perlaburan. Kenapa kita ingin bersetuju dengan pandangan Doktor itu semata-mata beliau seorang doktor perubatan?

Ini yang menjadi antara sebab utama kenapa walaupun kita ditipu sekali, kita masih dapat menerima walaupun sudah 1001 kali ditipu dan menghabiskan semua duit yang sepatutnya digunakan untuk hari tua nanti.

Bagi mengelakkan kita dari dipengaruhi, perkara pertama yang perlu kita ada adalah Mentor agama, supaya kita tahu dengan jelas hala tuju kehidupan kita. Bermula dari mentor pertama, tambah mentor kedua, ketiga dari pelbagai bidang berdasarkan prinsip hidup yang kita telah bina.

Hiduplah dengan prinsip itu ke mana sahaja kita pergi.

Hutang Duit Dibayar Dengan Duit, jika ketika ini kita ada hutang sebesar bukitpun, semua hutang itu dapat dijelaskan dengan bersabar, cari mentor, pelajari cara bagaimana kita dapat menyelesaikannya. Perkara pertama yang kita perlu ada prinsip yang betul.

Banyak syarikat yang berasaskan MLM, Direct Selling, Skim Cepat Kaya, Perlaburan ‘Tulen’, dan banyak lagi mempengaruhi bakal peserta melalui umpan kereta mewah, rumah besar.

Shamsuddin Kadir

Profil

  • Azzah Abd Rahman AZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor...
  • Fadzli Yusof Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:
  • Shamsuddin Kadir Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya.
  • Amin Idris AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Menjadi perunding latihan dan motivasi sepenuh masa di RK Training & Management, penulis buku, pengacara televisyen serta penolong...
  • Osman Affan Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia....
  • Zamri Mohamad ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media....
  • Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim...
  • Fauzul Na’im Ishak FAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun...

Rencana

  • Letakkan Dunia Di Tangan Bukan Di Hati Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Shamsuddin Kadir juga dalam usaha bagi memperbaharui matlamat yang sedikit...
  • Hikayat Kampung Raya Di suatu sudut dunia, terdapat dua buah kampung yang letaknya berhampiran di antara satu sama lain. Penduduk di Kampung Raya dan Kampung Seberang terkenal dengan sifat mereka yang hampir sama dan saling...
  • Menghadapi Konflik dalam Pasukan Konflik tidak selesai dengan kemarahan. Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat...
  • Tip Kerja Berpasukan: Merenjis Air Mawar Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih...
  • Bagaimana Memikat Hati Pelanggan Dalam bisnes kita perlu pandai menjual. Antara skil menjual ialah pandai memikat hati pelanggan. Sesetengah orang keliru bahawa orang pasti akan membeli sesuatu produk apabila produk itu cantik dan bagus....
  • MITOS: Kuasa Ialah Kebebasan Satu lagi salah faham mengenai kuasa pengaruh adalah ada tanggapan yang menyatakan memiliki kuasa pengaruh adalah tiket kepada kebebasan. Bagi mereka yang beranggapan begini, kuasa pengaruh adalah penyelesaian...
  • Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya? Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut : 1. Taraf ilmu...
  • Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kata Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh...
  • 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh "Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina...
Logo TAMRIN

Jadual Perunding

Pengumuman

  • Borang Keahlian Klik di sini untuk muat-turun Borang Keahlian. Kepada trainer muslim yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN bolehlah mengisi Borang Keahlian dan hantarkannya ke: Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator...
  • Mengumpul Profil Perunding Latihan dan Motivator Kami AJK TAMRIN dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada para-para perunding latihan dan  motivator yang ingin profil mereka dimuatkan di laman sesawang ini untuk menghantar email kepada setiausaha...
  • Menambah Keahlian Pertubuhan Kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN dapatlah kiranya menghantar borang keahlian sama ada melalui email, pos biasa atau pun faksimili ke setiausaha TAMRIN. Buat masa ini tiada bayaran atau...

Bancian

Berapa kali setahun tuan menghadiri kursus atau seminar?


Login Form