Sunday, 13 September 2009 01:11
Konflik tidak selesai dengan kemarahan. Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat satu petua penting, jangan melenting! Kerana kemarahan tanpa sebab yang sah tidak menyelesaikan apa-apa masalah.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Nabi Muhammad pernah ditanya oleh Abu Dardak, “Wahai Pesuruh Allah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang membawa aku ke syurga.” Nabi menjawab, “Janganlah engkau marah!” Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah menyebut, “Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela. Yang terpuji ialah perasaan marah yang disuluhi oleh akal dan agama.”
Nabi Muhammad dan Abdullah bin Ubay
Abdullah bin Ubay adalah ketua orang munafik (orang yang bermuka-muka) di Madinah. Dia orang yang sangat berpengaruh, bahkan hampir sahaja dilantik oleh Aus dan Khazraj sebagai pemimpin Madinah sebelum Hijrah Nabi. Tetapi, apabila Nabi Muhammad bersetuju untuk berhijrah, maka Abdullah bin Ubay telah hilang peluang keemasannya itu. Oleh yang demikian, dia berasa sungguh kecewa dan sentiasa mencari jalan mahu menyusahkan Rasulullah dengan berpura-pura memeluk Islam.
Antara ‘kecurangannya’ yang paling besar pernah dilakukan oleh Abdullah adalah ketika kembalinya Nabi Muhammad bersama 400 Muslimin daripada Perang Bani Mustaliq. Antara yang turut serta adalah Abdullah dan anaknya sendiri.
Semasa dalam perjalanan, berlaku sedikit pertengkaran antara seorang Muhajirin (orang yang berasal dari Makkah) dengan seorang Ansar (penduduk asal Madinah) semasa sedang mengambil air minuman. Pertengkaran itu bersifat peribadi, tetapi akhirnya ‘diperhangatkan’ oleh Abdullah bin Ubai. Abdullah memberikan ucapan kepada orang-orang Ansar mengatakan golongan Muhajirin menjadi besar kepala kerana orang Ansar terlalu memberi muka kepada mereka.
Apabila berita ini sampai kepada pengetahuan Nabi, beliau tidak melenting, sebaliknya tenang dan berfikir mencari jalan yang terbaik. Umar bin Khattab yang berada di sampingnya memohon untuk memancung kepala Abdullah sahaja. Tetapi Nabi berkata, “Adakah kamu suka dikatakan bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri?”
Apa yang dilakukan oleh Nabi adalah mengarahkan supaya rombongan segera bertolak pulang. Kali ini, perjalanan mereka memakan masa sehingga dua hari satu malam tanpa henti-henti. Anda tahu apa yang berlaku? Ya, sudah tentu mereka semua menjadi letih. Mereka juga tidak banyak masa untuk bercerita-cerita dan bergosip sehingga memburukkan lagi suasana. Lebih menarik lagi, apabila matahari terbenam pada hari kedua perjalanan tanpa henti mereka, Nabi menyuruh rombongan berhenti rehat. Sebaik sahaja mereka berhenti, rombongan itu semuanya tertidur kepenatan. Sekali lagi mereka tiada masa mengadu-domba sesama sendiri.
Di samping itu, strategi ini membuatkan orang semakin lupa dengan peristiwa tiga hari sebelum itu. Manakala Abdullah dan penyokong-penyokongnya mula tertanya-tanya apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan oleh Nabi ke atas mereka. Terdengar khabar angin mengatakan Abdullah akan dijatuhi hukuman bunuh. Apabila terdengar berita tersebut, anak Abdullah sendiri telah berjumpa Nabi dan menawarkan diri untuk membunuh ayah kandungnya! Namun, Nabi dengan berlapang dada meyakinkannya yang Abdullah tidak akan dihukum dengan pedang, tetapi dengan cara yang lebih baik.
Polisi yang diambil oleh Nabi ini begitu mengharukan, sehingga menyebabkan penyokong-penyokong Abdullah sendiri mula mengenepikannya. Bahkan mereka mula tidak endahkan Abdullah, serta melayan ‘pemimpin’ mereka itu dengan kekasaran. Lama kelamaan, kelompok munafik ini semakin lemah dan lemah kerana tindakan ‘hikmah’ yang diambil oleh Nabi. Nabi pun berkata kepada Umar;
“Sekarang apa pendapatmu Umar? Jika aku menurut cadanganmu dulu (membunuh Abdullah), sudah tentu orang-orangnya bangun memberontak. Tetapi sekarang, jika aku memerintahkan supaya dia dibunuh, sudah tentu dia akan dibunuh oleh orang-orangnya sendiri!” Umar mengiyakan kebijaksanaan dan keberkatan Nabi Muhammad yang terpuji itu.
Hj Fadzli Yusof
Profil
-
Azzah Abd Rahman AZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor...
-
Fadzli Yusof Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:
-
Shamsuddin Kadir Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya.
-
Amin Idris AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Menjadi perunding latihan dan motivasi sepenuh masa di RK Training & Management, penulis buku, pengacara televisyen serta penolong...
-
Osman Affan Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia....
-
Zamri Mohamad ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media....
-
Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim...
-
Fauzul Na’im Ishak FAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun...
- 1
Rencana
-
Letakkan Dunia Di Tangan Bukan Di Hati Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Shamsuddin Kadir juga dalam usaha bagi memperbaharui matlamat yang sedikit...
-
Hikayat Kampung Raya Di suatu sudut dunia, terdapat dua buah kampung yang letaknya berhampiran di antara satu sama lain. Penduduk di Kampung Raya dan Kampung Seberang terkenal dengan sifat mereka yang hampir sama dan saling...
-
Menghadapi Konflik dalam Pasukan Konflik tidak selesai dengan kemarahan. Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat...
-
Tip Kerja Berpasukan: Merenjis Air Mawar Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih...
-
Bagaimana Memikat Hati Pelanggan Dalam bisnes kita perlu pandai menjual. Antara skil menjual ialah pandai memikat hati pelanggan. Sesetengah orang keliru bahawa orang pasti akan membeli sesuatu produk apabila produk itu cantik dan bagus....
-
MITOS: Kuasa Ialah Kebebasan Satu lagi salah faham mengenai kuasa pengaruh adalah ada tanggapan yang menyatakan memiliki kuasa pengaruh adalah tiket kepada kebebasan. Bagi mereka yang beranggapan begini, kuasa pengaruh adalah penyelesaian...
-
Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya? Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut : 1. Taraf ilmu...
-
Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kata Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh...
-
30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh "Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina...
- 1

Jadual Perunding
-
Pn Ainon Mohd: Checklist for a Professional Trainer Trainer: Pn Ainon Mohd Tajuk: "Checklist for a Professional Trainer"...
-
Zamri Mohamad: Checklist for Marketing: Online Marketing Trainer: Tuan Zamri Mohamad Tajuk: "Checklist for Marketing: Online...
-
Dr. Tengku Asmadi:Branding & Positioning for Trainers: The Secret of MAP Training Trainer: YM Dr. Tengku Asmadi Tajuk: "Branding & Positioning for Trainers:...
-
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:Roh Wahyu dalam Modul Latihan Trainer: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Tajuk: "Roh Wahyu dalam Modul...
- 1
Pengumuman
-
Borang Keahlian Klik di sini untuk muat-turun Borang Keahlian. Kepada trainer muslim yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN bolehlah mengisi Borang Keahlian dan hantarkannya ke: Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator...
-
Mengumpul Profil Perunding Latihan dan Motivator Kami AJK TAMRIN dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada para-para perunding latihan dan motivator yang ingin profil mereka dimuatkan di laman sesawang ini untuk menghantar email kepada setiausaha...
-
Menambah Keahlian Pertubuhan Kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN dapatlah kiranya menghantar borang keahlian sama ada melalui email, pos biasa atau pun faksimili ke setiausaha TAMRIN. Buat masa ini tiada bayaran atau...
- 1