Sunday, September 05, 2010
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Azzah Abd Rahman

Azzah Abd RahmanAZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam & Moral di JPWP Kuala Lumpur.

Manakala ibu beliau, Hjh Khuzaimah Hj Sulaiman adalah bekas Pengetua Super JUSA C (kumpulan pertama) dan bekas Perunding Kanan di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pernah berkhidmat sebagai Pengaturcara Komputer pada awal kerjayanya, seterusnya berkecimpung dalam bidang ICT sehingga jawatan terakhir sebagai Implementation Analyst di sebuah syarikat IT gergasi di Malaysia, sebelum nekad meletakkan jawatan kerana minat yang mendalam dalam bidang latihan dan motivasi.

Selepas meletakkan jawatan, beliau menyertai KTAK-Maxis Cyberkids Camp yang membawanya menjelajah ke seluruh negara melatih anak-anak pedalaman mempelajari komputer. Seterusnya beliau menceburi bidang kejurulatihan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menyaksikan beliau sebagai di antara jurulatih perintis dalam program berkenaan pada tahun 2004.

Pada akhir tahun 2007, beliau memilih untuk menubuhkan sebuah perniagaan sendiri yang diberi nama Digital Apprentice Management Services (DAMS). DAMS adalah sebuah konsultan yang menumpukan dalam bidang latihan motivasi, pembinaan karakter, patriotisme dan ICT. Sejak ditubuhkan, DAMS telah memberi khidmat latihan kepada agensi kerajaan, korporat dan sekolah di seluruh negara di antaranya Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, Kelab BERNAS Malaysia Cawangan Sabah dan lain-lain lagi.

Berikut adalah serba sedikit mengenai pengalaman beliau:

  • Berkelayakan sebagai Jurulatih Profesional daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (TTT/1748)
  • Berpengalaman dalam bidang kejurulatihan menerusi program-program nasional di antaranya:
    • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia
      • Modul Pembinaan Karakter
      • Modul Kenegaraan
      • Modul Khidmat Komuniti
      • Program Integrasi (Silang Budaya)
    • Program Rintis Pra-PLKN 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Skim Latihan Graduan II (ICT)
    • KTAK-Maxis Cyberkids Camp (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, KTAK)
    • Kursus Latihan Penggunaan Peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI V dan VI), Kementerian Pelajaran Malaysia
    • Program Memperkasa Tenaga Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia
    • kPerak Infomediaries Training (ICT dan Asas Perniagaan)
  • Berpengalaman sebagai Ketua Jurulatih Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti dan Ketua Penyelaras Khidmat Komuniti PLKN sepanjang tahun 2006 dan 2007
  • Berpengalaman sebagai Pengurus Projek II dan Pengurus Acara untuk KTAK-Maxis Cyberkids Camp peringkat negeri Sabah dan Sarawak
  • Diundang menjadi tetamu dalam segmen 'Resensi', Selamat Pagi Malaysia dan rancangan 'Seri Muslimah' terbitan RTM 1.
  • Berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Multimedia dengan Kepujian, Universiti Terbuka Malaysia; Advanced Diploma in Multimedia Production Specialist, Institut Teknologi Cosmopoint dan Diploma Sains Komputer (Sistem Maklumat) UTM
  • Penulis buku motivasi dan pembangunan diri bertajuk ‘Pilih Jangan Tak Pilih’ (2007) dan ’Celoreng Biru’ (2008) serta ebook 'Tips & Teknik Pengucapan Awam Kreatif' (2009)

Profil

  • Azzah Abd Rahman AZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor...
  • Fadzli Yusof Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:
  • Shamsuddin Kadir Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya.
  • Amin Idris AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Menjadi perunding latihan dan motivasi sepenuh masa di RK Training & Management, penulis buku, pengacara televisyen serta penolong...
  • Osman Affan Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia....
  • Zamri Mohamad ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media....
  • Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim...
  • Fauzul Na’im Ishak FAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun...

Rencana

  • Letakkan Dunia Di Tangan Bukan Di Hati Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Shamsuddin Kadir juga dalam usaha bagi memperbaharui matlamat yang sedikit...
  • Hikayat Kampung Raya Di suatu sudut dunia, terdapat dua buah kampung yang letaknya berhampiran di antara satu sama lain. Penduduk di Kampung Raya dan Kampung Seberang terkenal dengan sifat mereka yang hampir sama dan saling...
  • Menghadapi Konflik dalam Pasukan Konflik tidak selesai dengan kemarahan. Adakalanya kerja secara berpasukan ‘diuji’ dengan krisis dan konflik yang tidak dijangka. Sama ada ia tidak dapat dielakkan ataupun sebaliknya. Kita perlu ingat...
  • Tip Kerja Berpasukan: Merenjis Air Mawar Ini bukanlah kaedah dalam mengagihkan tugas, tetapi tip penting untuk kita lakukan selepas kerja dibereskan. Ia ringkas sahaja iaitu ‘pujian dan penghargaan’. Kita mesti faham satu konsep yang lebih...
  • Bagaimana Memikat Hati Pelanggan Dalam bisnes kita perlu pandai menjual. Antara skil menjual ialah pandai memikat hati pelanggan. Sesetengah orang keliru bahawa orang pasti akan membeli sesuatu produk apabila produk itu cantik dan bagus....
  • MITOS: Kuasa Ialah Kebebasan Satu lagi salah faham mengenai kuasa pengaruh adalah ada tanggapan yang menyatakan memiliki kuasa pengaruh adalah tiket kepada kebebasan. Bagi mereka yang beranggapan begini, kuasa pengaruh adalah penyelesaian...
  • Dipengaruhi Dengan Timbuhan Harta Orang Lain Kenapa kita mudah dipengaruhi oleh orang lain bagi menyertai pelbagai skim, perlaburan dan sebagainya? Antara faktor utama yang membantu mereka mempengaruhi kita adalah seperti berikut : 1. Taraf ilmu...
  • Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kata Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh...
  • 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh "Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina...
Logo TAMRIN

Jadual Perunding

Pengumuman

  • Borang Keahlian Klik di sini untuk muat-turun Borang Keahlian. Kepada trainer muslim yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN bolehlah mengisi Borang Keahlian dan hantarkannya ke: Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator...
  • Mengumpul Profil Perunding Latihan dan Motivator Kami AJK TAMRIN dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada para-para perunding latihan dan  motivator yang ingin profil mereka dimuatkan di laman sesawang ini untuk menghantar email kepada setiausaha...
  • Menambah Keahlian Pertubuhan Kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli TAMRIN dapatlah kiranya menghantar borang keahlian sama ada melalui email, pos biasa atau pun faksimili ke setiausaha TAMRIN. Buat masa ini tiada bayaran atau...

Bancian

Berapa kali setahun tuan menghadiri kursus atau seminar?


Login Form