Tuesday, 15 September 2009 12:08
AZZAH ABD RAHMAN @ AZZAH AR, dilahirkan pada 14 November 1979 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Bapa beliau Hj Abdul Rahman Hj Bulang merupakan bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam & Moral di JPWP Kuala Lumpur.
Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:
Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya.
AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Menjadi perunding latihan dan motivasi sepenuh masa di RK Training & Management, penulis buku, pengacara televisyen serta penolong setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia.
ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.
FAUZUL NA’IM ISHAK adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (842439-K). Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. 